Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Selasa, 30 Oktober 2012

BERIKAN BELAIAN KEPADA DIRI ANDA MELALUI SKIN CARE AND MAKE UP CLASS

Sebagai seorang perunding kecantikan bebas sepenuh masa, saya sentiasa menganjurkan Beauty Workshop untuk memberi peluang kepada wanita-wanita tidak kira usia untuk memanjakan dan membelai diri dengan asas penjagaan kulit yang betul serta teknik make up asas. Sesi Beauty Workshop ini sesuai untuk dihadiri oleh wanita-wanita yang ingin:

  • MEMAHAMI DAN MEMPRAKTIKKAN teknik yang betul dalam penjagaan kulit (wajah dan tangan) 
  • BELAJAR mengenakan make up asas yang sesuai (terutama kepada wanita-wanita yang tidak pernah didedahkan secara formal tentang make up)


Jangan terperanjat jika saya katakan ramai wanita-wanita yang tidak tahu tentang kedua-dua perkara di atas. 









Jika anda berminat untuk menghadiri sesi Beauty Workshop ini secara individu, anda boleh melihat jadual di sebelah kanan page ini dan hubungi saya untuk pendaftaran. Anda boleh mengajak rakan-rakan baik anda untuk turut serta dan saya akan memberikan hadiah istimewa untuk anda !!

Beauty Workshop ini juga boleh diadakan jika terdapat permintaan daripada "Hostess" atau Tuan Rumah iaitu individu yang ingin menganjurkan kelas di tempat masing-masing (pejabat, bilik mesyuarat, dewan orang ramai, rumah kediaman, kelab rekreasi dan sebagainya) dihadiri oleh lebih daripada 10 peserta. Contohnya, anda adalah Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rekreasi bagi tempat kerja anda dan anda ingin mengadakan aktiviti bersama ahli-ahli kelab anda. Ataupun anda adalah Presiden Persatuan Wanita di kawasan kediaman anda dan anda ingin merapatkan hubungan kejiranan. Beauty Workshop ini boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh anda jalankan.

Anda juga berpeluang untuk menjadi pemenang cabutan bertuah !!!

HUBUNGI saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan merealisasikan AKTIVITI anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan