Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Khamis, 28 November 2013

Mary Kay® TimeWise Liquid Foundation

Mary Kay® TimeWise Liquid Foundation

ASAS SOLEKAN NATURAL
( BEDAK ASAS HARIAN )

Pemilihan foundation atau bedak asas yang tepat amat penting sebelum mengenakan solekan di wajah. Kesilapan memilih bedak asas yang berlainan warna dengan kulit akan menyebabkan ton kulit tidak sekata & kelihatan pelik.
Justeru, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyapu sedikit foundation berkenaan di bahagian rahang. Kenal pasti warna yang dilihat agar seakan-akan ton kulit anda supaya kelihatan semulajadi.
Kemudian barulah sapukan secara merata dan tidak bercapuk.

Mary Kay® Creme Lipstick & True Dimension Lipstick

Mary Kay® Creme Lipstick & True Dimension Lipstick

Lipstik mana sesuai untuk bibirmu

Lipstik sudah menjadi satu kemestian buat wanita untuk ke mana sahaja. Namun, yakinkah anda akan warna lipstik yang dipakai sesuai dengan penampilan anda?

Dua faktor paling utama yang mempengaruhi warna lipstik anda adalah warna kulit dan pakaian yang anda pakai.

Bagi yang berkulit cerah, rona merah jambu, fuschia, kuning oren atau beige amat sesuai untuk bibirmu. Sementara warna merah jambu kecoklatan atau ungu muda sesuai dipadankan untuk mereka yang memiliki kulit gelap. Cuba berekperimentasi warna lipstik dengan mengambil kira warna kulit, pemakaian dan acara yang ingin dihadiri.

Selain mengenalpasti warna lipstik, jenis-jenis lipstik juga perlu diberi perhatian agar lipstik yang dipakai kekal segar sepanjang hari.

☆ SHEER》Basah di bibir dan kelihatan bersinar. Bagaimanapun, ia bukanlah lipstik yang bersifat tahan lama kerana kandungan pigmennya yang minima. Lipstik ini biasanya telah digabungkan bersama pengilat bibir.

☆ KRIM》Mempunyai tekstur yang lembap dan biasanya mengandungi minyak dan perapi. Selain mencantikkan bibir anda, ia turut menjaga bibir anda daripada kering dan merekah. Ciri inilah yang membuatkan ia kelihatan semula jadi.

☆ MATTE》Paling lama dapat bertahan di bibir kerana ia kaya dengan pigmentasi warna. Namun, amat mudah membuatkan bibir cepat kering dan mengelupas. Justeru, jika anda menggunakan lipstik jenis ini jangan lupa sapukan pengilat bibir.

☆ SHIMMER》Mempunyai partikel halus berbentuk metalik. Ia turut mengandungi material halus yang memberi kesan berkilauan. Bibir akan menjadi lebih penuh dan seksi. Sesuai digunakan pada majlis-majlis glamor pada waktu malam.

☆ LONG LASTING》Lipstik ini antara pilihan ramai kerana teksturnya yang berkrim dengan warna yang tebal menjadikan ia mampu bertahan hingga lapan jam.

Isnin, 25 November 2013

MARY KAY® Acne Prone

Jerawat yang merungsingkan!

Kehadiran jerawat di muka pasti mengundang situasi tidak selesa terutama di kalangan wanita. Kebanyakan mereka rela berselindung daripada bertemu orang ramai kerana bimbang jerawat terbabit mencacatkan wajah mereka. Tidak kurang juga yang beranggapan jerawat menjejaskan penampilan sekaligus mengurangkan tahap keyakinan diri.

Jerawat dipercayai terjadi apabila kelenjar kulit mengeluarkan lebihan minyak yang menyebabkan ia tersumbat. Liang minyak yang tersumbat di bahagian bawah kulit akan menghasilkan bintik putih. Manakala bintik hitam pula berlaku apabila liang minyak tersumbat di bahagian luar kulit.

Apa yang membimbangkan, kulit akan kelihatan kemerah-merahan jika radang terbentuk di sekitar liang tersebut. Lebih besar radang berkenaan, lebih mudah nanah terbentuk.

Punca berlakunya jerawat disebabkan:-

· Faktor hormon

· Genetik keluarga yang mempunyai masalah kulit berjerawat

· Kosmetik

· Tekanan emosi

· Cuaca panas atau keadaan sekeliling yang kotor

Jerawat akan hilang dengan sendirinya jika kulit muka sentiasa bersih dan dicuci. Namun, ada juga jerawat yang memerlukan rawatan khusus agar ia tidak merebak dan menjadi lebih kronik.

Bagi memastikan kulit terpelihara daripada jerawat, panduan berikut amat berguna untuk anda.

1)Cuci muka

Anda digalakkan mencuci muka setiap hari. Bagaimanapun, elakkan daripada mencuci secara kerap kerana ia akan menjejaskan kelembapan kulit dan merosakkan kulit.

2)Rehat

Dapatkan rehat dan tidur secukupnya. Bagi golongan dewasa, anda dinasihatkan agar tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

3)Picit jerawat

Jangan sekali-kali memicit jerawat menggunakan kuku kerana ia akan menambah radang pada kulit. Selain itu, tindakan tersebut juga akan mengakibatkan permukaan kulit berlubang dan berparut.

4)Fesyen tudung dan rambut

Pilih fesyen tudung yang tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan kulit berpeluh. Rambut yang berminyak dan menutupi muka anda juga terdedah kepada pembentukan jerawat.

5)Mekap

Pilih mekap yang berasaskan semulajadi dan tidak alah kepada kulit anda. Ingat, sentiasa cuci mekap sebelum tidur bagi membolehkan liang kulit bernafas.

Ahad, 24 November 2013

Mary Kay® Makeup Finishing Spray untuk mekap tahan lebih lama

Our global makeup artist team loves NEW Mary Kay® Makeup Finishing Spray – it keeps makeup looking freshly applied for hours. Become a lasting beauty today!

Jumaat, 15 November 2013

Bahan kecantikan mengandungi MERKURI merbahaya

Sebenarnya Krim merkuri mempunyai ciri yang sangat khas.

CIRI-CIRI itu sebagai berikut :
1. Krim Pada umumnya meleket. Sebagian lagi ada yang mencampurkan merkuri dengan bedak sejuk (bedak jerawat), agar nampak lebih cair.

2. Krim pada umumnya tidak HOMOGEN (tidak menyatu & kasar), bila didiamkan minyak akan terpisah dengan bagian padat.

3. Bau logam merkuri tercium atau sebagian menggunakan parfume menyengat utk menghilangkan bau logam merkuri tersebut.

4. Warna umumnya sangat menarik, kerana tidak menggunakan bahan pewarna utk kosmetik, umumnya menggunakan bahan pewarna tekstil (cap kupu-kupu) warna kuning dan warna krim putihnya pearly (mengkilat seperti mutiara)

5. Bila diusapkan pada kulit lengan terasa panas dan gatal.

6. Pada pemakaian awal meyebabkan Iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.

7. Warna Putih pada kulit tidak lazim, umumnya pucat

8. Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 1 minggu, tergantung kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat memberikan warna putih)

9. Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi radiasi paparan matahar juga sudah tidak berfungsi, sehingga jasad renik ataupun kuman tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun.
Jerawat dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tingkat kandungan protein di dalam kulit, hal ini juga untuk mengontrol perawatan kulit wajah, bila anda lupa untuk melakukan kebersihan wajah, umumnya jerawat akan timbul, pada merkuri hal ini tidak terjadi lagi, karena struktur protein kulitnya telah berubah & menjadi rusak.

10. Pori-pori tampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah tipis oleh logam merkuri, tampak sepintas terlihat mengecil & halus. Untuk mengujinya anda bisa merasakan dengan mencubanya pada sinar matahari, kulit terasa terbakar, gatal disertai kemerahan, hal ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari. Pada produk yang benar, pemakaian siang hari selalu menggunakan pelindung SPF sehingga pada siang hari anda tidak akan merasakan rasa iritasi seperti terakar disertai rasa gatal.

11. Bila anda telah tercemar merkuri & pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal.

12. Bila pemakaian dihentikan akan bintik-bintik hitam di bawah kulit sebagian ataupun merata diwajah

13. Warna Putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu lalu selanjutnya kehitaman

14. untuk lebih lanjutnya dapat menyebabkan kanser kulit, kerosakan jaringan tubuh & menyebabkan kematian.

15. Dapat menghambat pertumbuhan, menyebabkan cacat & kematian pada JANIN.