Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Isnin, 25 November 2013

MARY KAY® Acne Prone

Jerawat yang merungsingkan!

Kehadiran jerawat di muka pasti mengundang situasi tidak selesa terutama di kalangan wanita. Kebanyakan mereka rela berselindung daripada bertemu orang ramai kerana bimbang jerawat terbabit mencacatkan wajah mereka. Tidak kurang juga yang beranggapan jerawat menjejaskan penampilan sekaligus mengurangkan tahap keyakinan diri.

Jerawat dipercayai terjadi apabila kelenjar kulit mengeluarkan lebihan minyak yang menyebabkan ia tersumbat. Liang minyak yang tersumbat di bahagian bawah kulit akan menghasilkan bintik putih. Manakala bintik hitam pula berlaku apabila liang minyak tersumbat di bahagian luar kulit.

Apa yang membimbangkan, kulit akan kelihatan kemerah-merahan jika radang terbentuk di sekitar liang tersebut. Lebih besar radang berkenaan, lebih mudah nanah terbentuk.

Punca berlakunya jerawat disebabkan:-

· Faktor hormon

· Genetik keluarga yang mempunyai masalah kulit berjerawat

· Kosmetik

· Tekanan emosi

· Cuaca panas atau keadaan sekeliling yang kotor

Jerawat akan hilang dengan sendirinya jika kulit muka sentiasa bersih dan dicuci. Namun, ada juga jerawat yang memerlukan rawatan khusus agar ia tidak merebak dan menjadi lebih kronik.

Bagi memastikan kulit terpelihara daripada jerawat, panduan berikut amat berguna untuk anda.

1)Cuci muka

Anda digalakkan mencuci muka setiap hari. Bagaimanapun, elakkan daripada mencuci secara kerap kerana ia akan menjejaskan kelembapan kulit dan merosakkan kulit.

2)Rehat

Dapatkan rehat dan tidur secukupnya. Bagi golongan dewasa, anda dinasihatkan agar tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

3)Picit jerawat

Jangan sekali-kali memicit jerawat menggunakan kuku kerana ia akan menambah radang pada kulit. Selain itu, tindakan tersebut juga akan mengakibatkan permukaan kulit berlubang dan berparut.

4)Fesyen tudung dan rambut

Pilih fesyen tudung yang tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan kulit berpeluh. Rambut yang berminyak dan menutupi muka anda juga terdedah kepada pembentukan jerawat.

5)Mekap

Pilih mekap yang berasaskan semulajadi dan tidak alah kepada kulit anda. Ingat, sentiasa cuci mekap sebelum tidur bagi membolehkan liang kulit bernafas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan