“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.”
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
◆Kintop
◆Body Beaus
◆BMI-9 Xylimming Capsule
◆Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
◆Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
◆Obexlim
◆Slimax Coffee
◆Beaute Fit Body Contour
◆Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
◆357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
◆Makjun Taufiq Dua Istimewa
◆Majun Dua Istimewa
◆Ginseng Jin Fui Wan
◆Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
◆Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
◆Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei ◆Capsule
◆Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
◆Makjun Syafiq 3 Istimewa
◆Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
◆Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
◆Eriesya Spa Beauty Cream
◆Atika Beauty Renewal Cream
◆Temulawak Whitening Pearl Cream ◆Papaya
◆Ratna Sari Whitening Night Cream
◆Tia Amelia Krim Jeragat
◆Chantique Whitening Night Cream
◆RZAC White Pearl Cream
◆Nuriz Day and Night Cream
◆Elite Rias Er Cream
◆R&Z Whitening Night Cream
◆Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
◆Pigmentation Recovery Complex
◆Zara Rejuvenation Cream
◆Natasya Krim Herba Gold
◆De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
◆Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
◆Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
◆Qian Tong Dan
◆Raja Ubat Resdung
◆Coral Plus UA 350MG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan