Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Isnin, 6 Ogos 2012

Rutin harian penjagaan wajah yang sihat bersama Mary Kay

http://www.hmetro.com.my/articles/Cubaprodukdulusebelumbeli/Article/

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ADAKAH anda pasti rutin penjagaan kulit wajah yang diamalkan setiap hari adalah betul?
Apakah anda benar-benar mengenali kulit wajah dan memenuhi keperluannya untuk kekal sihat dan cantik?
Di pasaran, terdapat pelbagai jenama produk kecantikan yang boleh dibeli.
Setiap satu mempromosikan pelbagai kelebihan termasuk proses pemutihan dalam tempoh singkat.

Ada masanya anda mungkin terus membeli tanpa berkesempatan bertanya lebih lanjut kegunaan sesuatu produk kepada perunding kecantikan.
Ia mungkin menguntungkan pihak peniaga kerana sebagai pembeli dan pengguna, kita perlu mengetahui kegunaan sesuatu barangan terutama jika ia berkaitan dengan aspek kecantikan atau penjagaan wajah.

Tidak dapat dinafikan memang terdapat banyak jenama tempatan dan antarabangsa di pasaran Malaysia hari ini.

Namun, diakui sukar menemui jenama yang boleh mengajar dan menerangkan dengan lebih lanjut seperti mana yang dilakukan barisan perunding kecantikan terlatih Mary Kay.

Jenama antarabangsa yang ditubuhkan pada 1963 oleh Mary Kay Ash di Dallas, Amerika Syarikat itu bukan hanya menumpukan kepada kepuasan pengguna semata-mata terhadap produk, malah pada masa sama, ia menitikberatkan aspek pendidikan dan penjagaan kepada pembeli.

Pengurus Besarnya, Abdul Rahman Nasution berkata, konsep yang diamalkan jenama itu unik kerana ia menggalakkan pengguna mencuba terlebih dulu sesuatu produk sebelum membelinya daripada perunding kecantikan.

Konsep berkenaan diterima baik kerana ia memberi peluang kepada orang ramai mencuba dan mengalami sendiri keberkesanan setiap produk yang dijual sebelum membeli.

Katanya, Mary Kay turut menjanjikan jaminan pulangan wang seandainya pengguna tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, namun ia harus menepati syarat yang ditetapkan.

“Konsep yang digunakan itu memang diterima baik kerana kebiasaannya pengguna akan kekal dengan produk kami selepas mereka mencubanya sendiri.

“Apabila berpuas hati dengan sesuatu produk, mereka biasanya turut mengesyorkan kepada keluarga dan teman terdekat. Ia sedikit sebanyak membantu meluaskan lagi pasaran kami yang kini boleh didapati di 35 negara seluruh dunia,” katanya.

Rangkaian produknya meliputi enam kategori iaitu penjagaan kulit wajah, kosmetik warna, penjagaan kuku, penjagaan tubuh, perlindungan matahari dan haruman.

Meskipun jenama itu sudah bertapak lebih 10 tahun di negara ini, tidak dapat dinafikan pemahaman golongan muda terhadap produk Mary Kay masih kurang berbanding jenama lain yang mudah didapati di kaunter pusat beli-belah.

Untuk itu, Mary Kay giat melakukan promosi untuk memperkenalkan lagi produk mereka kepada golongan muda menerusi siri jelajah yang dilakukan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Abdul Rahman berkata, sebagai permulaan, jenama itu menemui pelajar Kolej Taylor di kampus Subang Jaya, Subang, baru-baru ini sempena karnival kecantikan yang diadakan kolej berkenaan.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya sesi tata rias khidmat runding kecantikan, permainan dan jualan selama dua hari karnival berlangsung.

“Daripada maklum balas yang diperoleh, golongan muda tertarik dengan kepelbagaian produk dan keberkesanan yang ditawarkan selain harganya yang munasabah.

“Ia mendorong kami meneruskan siri jelajah seperti ini lagi di masa depan dan mungkin diluaskan kepada IPT awam bukan saja di Lembah Klang malah ke seluruh negara,” katanya ketika ditemui pada karnival berkenaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, wanita yang mahu memulakan perniagaan dengan jenama itu usah risau mengenai modal kerana ia tidak memerlukan jumlah yang besar sebaliknya hanya RM190 saja untuk mendapatkan kit permulaan.

Tidak seperti perniagaan kecantikan lain, Mary Kay menawarkan peluang menambah pendapatan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel mengikut kesesuaian masa individu itu sendiri.

“Biarpun tidak mempunyai stokis seperti jenama jualan langsung lain, produk kami memang mudah dimiliki kerana apa yang pengguna perlu lakukan adalah menghubungi pengarah jualan atau perunding kecantikan kami di seluruh negara.

“Sehingga hari ini, terdapat lebih 7,000 perunding kecantikan persendirian kami yang terlatih di seluruh negara,” katanya.