Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Isnin, 23 Disember 2013

Dunia Mary Kay_Ind. BEAUTY CONSULTANT

Sejak penubuhan syarikat ini oleh pengasasnya, Mary Kay Ash pada 1963 sehingga kini, Perunding Kecantikan yg berdaftar dgn Mary Kay telah mencecah jutaan orang di seluruh dunia di lebih 40 buah negara.
Dengan produk yang hebat - powerhouse utk skincare, body care, cosmetic dan wangian - budaya kerja yg ceria dan produktif, dilengkapi nilai serta falsafah yang diterapkan di dalam syarikat membuatkan ramai wanita yg menyertainya berjaya dalam perniagaan mereka, malah telah berjaya menaiktarafkan kehidupan mereka dan keluarga.
Melalui perniagaan kecantikan MK, anda boleh memulakan perniagaan kecantikan anda dengan modal yg rendah, anda boleh bekerja mengikut masa yg anda sendiri tentukan (flesksibel), menjana pendapatan dengan berkongsi informasi dan produk kecantikan yg digemari oleh wanita, serta menikmati profit/keuntungan daripada jualan yg 100% milik anda.
Tidak perlukan premis perniagaan, tidak perlukan staff kedai, tidak perlu membayar bil elektrik or air kedai perniagaan. Boleh dijalankan di rumah, secara mobile dan menerusi internet (online) secara sepenuh masa atau separuh masa. Tiada stokis. Pilihan anda !
Bagaimana Mary Kay berbeza daripada produk kecantikan di luar sana?
Kerana MK adalah jenama yg eksklusif, tiada dijual di kaunter dan kedai2 ( tiada stokis ) kerana perlu faham misi kerjaya ini MEMPERKAYAKAN KEHIDUPAN WANITA .. Ianya hanya boleh diperolehi daripada Beauty Consultant yg terlatih dan bertauliah. Para pelanggan MK juga akan diberi customized service dan rundingan peribadi yg mengikut keselesaan dan keperluan mereka. Perhubungan consultant dengan pelanggan dan ahli pasukan, bukan setakat hanya perniagaan dan product/service, tetapi lebih menjurus kepada perhubungan jangka panjang.
Sangat menarik hati anda juga falsafah di Mary Kay
1st God , 2nd Family, 3rd Career
Menarik kan? jom sertai team Mary Kay
Pm@whatsApp
019 - 372 1611 ( ‪#‎Norinmk‬ )

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.”

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
◆Kintop
◆Body Beaus
◆BMI-9 Xylimming Capsule
◆Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
◆Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
◆Obexlim
◆Slimax Coffee
◆Beaute Fit Body Contour
◆Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
◆357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
◆Makjun Taufiq Dua Istimewa
◆Majun Dua Istimewa
◆Ginseng Jin Fui Wan
◆Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
◆Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
◆Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei ◆Capsule
◆Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
◆Makjun Syafiq 3 Istimewa
◆Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
◆Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
◆Eriesya Spa Beauty Cream
◆Atika Beauty Renewal Cream
◆Temulawak Whitening Pearl Cream ◆Papaya
◆Ratna Sari Whitening Night Cream
◆Tia Amelia Krim Jeragat
◆Chantique Whitening Night Cream
◆RZAC White Pearl Cream
◆Nuriz Day and Night Cream
◆Elite Rias Er Cream
◆R&Z Whitening Night Cream
◆Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
◆Pigmentation Recovery Complex
◆Zara Rejuvenation Cream
◆Natasya Krim Herba Gold
◆De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
◆Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
◆Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
◆Qian Tong Dan
◆Raja Ubat Resdung
◆Coral Plus UA 350MG

Khamis, 5 Disember 2013

MAKEUP NURI MARY : Oil-Free Makeup Remover

Sangat penting untuk wanita yang gemar menggunakan maskara / eye liner / eye color..

Nak tahu kenapa wujud Oil Seed di bahagian mata?
Apa itu oil seed? Perasaan tak? Ada bintik² kecil yg halus dan juga ada kasar di bahagian bawah mata? terutama utk wanita yg gemar memakai makeup nie.Sedihkan ?

Bintik-bintik kecil halus ni selalunya tak rasa apa-apa @ sakit tapi boleh nampak luaran kulit kita. Ada sesetengah orang yang mempunyai bintik-bintik kasar dan sukar dirawat. Ada banyak faktor. Cuba sentuh di bahagian mata dan lihat di depan cermin. Ada terasa benjolan di mata. Itulah dinamakan oil seed..

Orang yang ada oil seed ni mesti rasa malu nak tunjuk kan? Selalu cover dengan concealer. Oil seed ni bukan dark circle atau eye bag tau.

Bagaimana ia terjadi?

Anda yang mencuci wajah anda terutama bahagian mata dengan menggunakan baby oil atau apa2x yg berkaitan dengan pencuci muka..Lepas anda remove mata anda dengan baby oil, ada rasa melekit & licin tapi nampak bersih. Lepas itu, anda cuci muka seperti biasa. Tapi masih melekit gak..begitu juga dengan pencuci muka, toner & sbgnya termasuk air..adakah benar2x bersih @ hilangkan mekap anda ? Bila dh terbiasa lama-kelamaan ini, muncul lah bintik-bintik kecil yang halus.

Baby Oil sepenuhnya " berminyak @ oily"

Jadi, anda tidak digalakkan menggunakan make up remover yang ada oily.. Sebaliknya anda harus menggunakan oil-free eye make up remover yang tidak mengandungi minyak sepenuhnya.

Peringatan !

Jangan sesekali menggunakan pencuci muka terkena bahagian mata kerana kawasan bahagian mata ini adalah kulit nipis dan sensitif yang lebih nipis dr kulit muka.

Untuk lebih keterangan lanjut boleh hadiri ke kelas kecantikan saya dalam masa terdekat..

Like page | Makeup Nuri Mary
Fb | Solek Nuri Mary
Hp @ whatsapp | 
019 - 372 1611 ( #Norinmk )