Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA
Mary Kay Headquarters, Dallas, Texas, USA

Jumaat, 1 April 2011

::BeAuTy WorKsHop::

Kelas Solekan dan Penjagaan Kulit
Penjagaan Kulit Wajah

Belajar asas penjagaan kulit wajah harian dan praktikal secara individu untuk memperoleh kulit wajah yang sihat dan cantik.

Jenis Kulit :
*kering
*normal
*berminyak & berjerawat
*kombinasi

Teknik Bersolek

Langkah satu:
**Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu. Mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga. Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga

Langkah dua:
**Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian 'tajamkan' penampilan mata dengan celak."Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul.

Langkah tiga:
**Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis 'shimmer'."Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang.

Langkah empat:
**Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik. Penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.


Warna utk kelopak mata
#Warna sejuk
#Warna panas

#Warna sejuk
 – berorientasikan nada biru seperti putih, merah jambu, biru, ungu dan perak

#Warna panas
– berorientasikan nada kuning seperti beige, warna tanah coklat, kuning, perang, hijau dan merah Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

Spa Bibir
Belajar cara merawat bibir untuk memperoleh bibir yang menarik

Spa Tangan
Belajar cara penjagaan tangan untuk memperoleh kulit tangan yang lebih halus dan lembut.

cth gambar peserta yg pernah join kelas kecantikan-->>










Tiada ulasan:

Catat Ulasan